Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com

 

:: Welcome ::
Thursday, July 22, 2010
Bila Cinta – Filianti Vlee

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan



Luahan hati Lin pada 12:40 pm
1 orang dah komen  

Wednesday, October 21, 2009
Lahar Cinta : Final List
Tersingkaplah tirai cintaku yang lalu
Hangatnya bagai lahar yang membakar bumi
Sehinggakan aku menggelumpur kelecuhan
Bila engkau pergi tak kembali

Kala itu sayangnya engkau padaku
Dan kutelani segala kata indahmu
Kerana kusangka kau kan terus bersamaku
Tapi hanya sekadar waktu

Seluruh cintamu itu hidup segar dijiwaku
Masih kuterasa
Tak layu ditelan waktu
Tak pudar kasih hatiku
Dan kau masih lagi kusayangi

Walaupun engkau tiada
Namun cintamu terasa
Membendung rinduku sejak dulu hingga kini
Indahnya kukenang dan pahitnya dah kutelan
Begitu kasihku kepadamu

Ingin aku mengulangi saat indah waktu dulu
Tapi bagaimana dapatkah berulang lagi
Bersamalah kita jadikan pengajaran
Betapa pedihnya oh perpisahan

Mengapa di waktu ini
Aku teringat kembali segala kenangan
Adakah engkaupun sama masih ingat kepadaku
Seolah kita tak pernah berpisah


Luahan hati Lin pada 01:53 pm
Ada apa ni?  

Friday, July 24, 2009
Hati seorang wanita

Jika seorang wanita menangis
dihadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi..

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis..
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hayatmu..

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi
dirinya yg dulu....selamanya..

Seorang wanita tidak akan menangis dgn mudah,
Kecuali di depan org yg amat dia sayangi,
Dia menjadi lemah.

Seorg wanita tidak akan menangis dgn mudahnya,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Dia akan menurunkan rasa egoisnya.

Lelaki, jika seorg wanita menangis keranamu,
Tlg jangan mensia-siakannya,
Mgkn krn keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya....
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

Fikirkan....

Wanita mana lagikah yang akan menangis,
dgn murni..penuh kasih sayang,
Didepanmu dan keranamu..

Dia menangis bkn krn dia lemah,
Dia menangis bkn krn dia menginginkan simpati atau belas kasihan,

Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam,
Tidaklah memungkinkan lagi..

Lelaki....

Fikirkanlah tentang hal itu....

Jika seorg wanita menangisi hatinya..
untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu..

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah,
kau lakukan untuknya..
Hanya kau yang tau jawapannya....

Fikirkanlah..

Kerana suatu hari nanti,
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk minta 'MAAF'.



Luahan hati Lin pada 04:03 pm
6 orang dah komen  

Wednesday, July 22, 2009
Kasih tercipta

kasih hilang tiada bicara
setelah cintaku kau puja
rintihan rindu terus melanda
redup cahaya
oh...hati lara

kasih kiranya aku bersalah
sedetik tersirat rasa
kau cipta kasih
yang kumiliki
cintaku jujur selama ini

carilah ku dalam hatimu
sayang sebutlah kau rindu
oh...hanya pintaku
kasihmu kekal setia
usah biarku terus terluka

oh...kasih tercipta
oh...carilah sayang

resah suaramu kini berbeza
gagal sembunyi sedih
kenangan lalu menusuk jiwa
manis seindah berganti pedih
oh...oh...

pabila bersamamu
debaran darah arus mengalir
cinta...lahir selamanya
berilah kucupan sayang
biar terukir wajah
kasih tercipta

berilah kucupan sayang
biar terukir wajah
kasih tercipta

oh...kasih tercipta
kini kumengerti
walau terpisah
ku rela
kiranya kau bahagia
oh....



Luahan hati Lin pada 01:45 am
Ada apa ni?  

Monday, July 20, 2009
Cinta yang terbiar


Siapalah aku tanpa dirimu
Bagai pantai terbiar sepi
Siapalah aku tanpa cintamu
Bagai insan dibaluti kerinduan

Cinta itu amat mengasyikkan
Rindu itu amat memilukan
Perpisahan amat menyeksakan
Namun ada pengajarannya

Cintaku cinta yang terbiar
Hidupku tidak seindah impian

Luka itu amat memedihkan
Resah itu amat membosankan
Kekecewaan amat derita
Namun ada kenangannya

Cintaku cinta yang terbiar
Mengharap kasih pada yang tak sudi
Cintaku cinta yang terbiar
Jatuh tersungkur di pinggir luka

Apalah ertinya cinta yang terbiar
Bagai biduk hanyut di lautan
Apalah dayaku jodoh tiada
Sudah suratan takdirnya begitu



Luahan hati Lin pada 11:45 am
Ada apa ni?  

Thursday, July 16, 2009
Doa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...

Ya Allah...
limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan...serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan... Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan... demi kemurahan Mu...

Ya Allah...
ampunilah segala dosaku ... dan jauhkanlah aku dari azab seksa api nerakaMu... dan azab seksa di alam baqa serta jauhkanlah dari seksanya ketika sakaratulmaut...

Ya Allah,
sesungguhnya Engkau adalah zat yang menghimpunkan manusia pada hari Qiamat... Sesungguhnya Engkau tidak akan memungkiri janji...

Ya Allah...
himpunkanlah apa yang ku inginkan ... kerana sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu...

Ya Allah...
tambahkanlah kepadaku ilmu... dan berikanlah aku faham dengan pengertian yang baik...

Ya Allah...
aku memohon padaMu petunjuk, ketaqwaan, kesucian tubuh dan kekayaan jiwa...

Ya Allah...
matikanlah aku dengan mati yang baik (mampu mengucap kalimah syahadah)... dan janganlah matikan aku dengan mati yang buruk dan keji (mati tidak beriman)

Ya Allah...
tetapkanlah kami dalam agama Islam... dan ampunkanlah segala dosa-dosa yang telah dilakukan samada sengaja ataupun tidak... dan peliharalah iman kami...

Amin Ya Rabbal 'alamin...



Luahan hati Lin pada 03:48 pm
Ada apa ni?  

Thursday, July 09, 2009
Rejab

rejab.jpg picture by shuklin

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya.

Rasulluah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Didalam bulan ini ada beberapa peristiwa besar yang berlaku,

Diantaranya ialah:
1. Peristiwa Isra' dan Mi'raj.
2. Hijrah pertama umat islam dari Mekah iaitu ke Habsyah
3. Berlakunya peperangan Tabuk diantara orang Islam dengan Rom
4. Pembebasan Baitul Muqaddis
5. Kelahiran Iman Syafie di Palestin

Amalan - Amalan yang dianjurkan/ digalakkan didalam bulan ini,
1. Memperbanyakkan salawat
2. Bertaubat kerana bulan rejab adalah bulan pengampunan
3. Berpuasa sunat.
4. Berdoa supaya dipanjangkan umur untuk sampai ke bulan Ramadhan

`Ya Allah Berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikanlah ke Bulan Ramadhan'



Luahan hati Lin pada 12:36 pm
Ada apa ni?  

Monday, July 06, 2009
Renungan..?



Luahan hati Lin pada 12:32 pm
Ada apa ni?  

Thursday, June 11, 2009
Sukarnya aku melupakan..

Mampukah kita melupakan insan-insan yang pernah singgah di hati kita begitu sahaja? Mampukah kita membiarkan saja setiap kali kenangan bersama mereka menerpa ke benak kita? Biar dalam bentuk apapun jua perpisahan itu. Sama ada kita yang meninggalkan atau dia yang berlalu pergi, hakikatnya kenangan yang tercipta tidak mungkin berkubur begitu sahaja. Biar apapun bentuk kenangan yang ditinggalkan, pahit, manis, suka mahupun duka, insan-insan ini akan tetap diingati. Ada ketikanya rindu itu datang juga. Datang dalam bentuk yang pelbagai. Dan rindu yang hadir itu tidaklah begitu mudah untuk disingkirkan. Sebagaimana sukarnya mencipta kenangan, begitulah sukarnya untuk melupakan. Walau jauh mana mengasingkan diri, kenangan-kenangan itu tetap bersemadi dalam hati. Bukan tidak mencuba. Sebaliknya sudah sehabis daya. Namun rindu itu seringkali mengganggu lena. Lalu tidurlah kita berteman si air mata. Sayu dalam hati hanya Dia yang tahu. Dia yang Maha Mengetahui segalanya.

Sukarnya membunuh kenangan. Walau betapa hebatnya kita cuba melupakan, kenangan itu tetap memburu. Menjadikan kita insan yang kadangkala hilang kewarasan. Hilang kewarasan atas dasar terlalu mahu hidup dalam kenangan. Kita jadi nanar dengan perasaan yang satu ini. Perasaan yang sudah sekian lama diusir namun ia datang jua. Seakan mahu menjerit pada alam. Bawalah aku jauh. Jauh dari semua kenangan dan peristiwa silam yang menyakitkan ini. Berilah ruang untuk aku bernafas kembali. Dan ketika hakikatnya suara yang menjerit itu tidak kedengaran, kita menangis lagi. Menangis sedih mengenangkan sebuah perpisahan.

Aku jadi lesu melawan perasaan sendiri. Hakikatnya aku tahu yang kadangkala berpisah itu adalah lebih baik dari bersama. Bila sudah tiada keserasian antara akal dan hati pada dua jiwa, maka berpisah adalah jalan yang paling baik. Tapi sungguh. Aku tidak sanggup. Walaupun ia adalah perkara yang boleh difikirkan saat itu. Sekali lagi aku memenangkan kata hati. Aku tolak mentah-mentah apa yang akal cuba katakan. Kerana satu sebab, kerana dalam hati inilah aku letakkan dia. Dalam hati inilah aku letakkan mereka. Dia, mereka, semuanya insan-insan yang disayangi sepenuh jiwa. Lalu aku putuskan saja untuk mengikut apa yang mahu dikatakan oleh hati. Biar berbalah sekalipun. Aku sanggup. Asalkan hati tidak menanggung pedih dan luka berdarah lagi kerana peritnya menanggung perpisahan. Aku sudah tidak sanggup.

Aku mahu membenci. Tapi belum pun perasaan itu bermula, aku sudah lelah menanggungnya. Itu yang benar. Lebih mudah memupuk rasa sayang pada seseorang dari mahu membenci. Itu yang aku rasa. Kerana dengan benci hanya akan menjadikan aku manusia yang tidak berperikemanusiaan pada manusia lain. Ia hanya menjadikan aku manusia yang hilang sifat manusianya. Lalu aku putuskan untuk tidak membenci. Sekurangnya, tidak untuk sekali ini. Tidak mahu membenci walau sesiapapun. Biar apapun yang dilakukan oleh orang-orang sekeliling, aku memutuskan untuk tidak membenci mereka ini. Aku tidak mahu dilihat dengan muka yang penuh hasad kerana membenci. Aku juga telah memutuskan itu semua.

Membuat keputusan merupakan perkara yang paling payah dalam hidup. Mudahlah kiranya keputusan yang dibuat tidak melibatkan hati sesiapa. Biar aku saja yang terluka. Biar aku saja yang menangis. Biar aku saja yang menyesal. Tidak sekali-kali aku mahu melibatkan orang-orang lain yang terpenting dalam hidup. Malangnya tidak semua keputusan itu melibatkan aku saja. Sebaliknya lebih banyak keputusan dalam hidup yang bakal melibatkan banyak orang. Pasti banyak hati yang kecewa. Kerana tidak mahu mengecewakan sesiapa, aku memutuskan untuk menanggungnya sendiri. Aku tega mengambil keputusan sebegini. Bukan kerana tidak kasihan pada hati, tapi sekurangnya aku tidak mahu ada banyak lagi hati yang terluka. Perit sudah pasti. Biarlah. Biarkan saja semua yang ada dalam hati menjadi nanah hingga ke satu hari aku dijemput bertemu Dia yang abadi.

Mudahnya menjadi anak-anak kecil. Tiada apa yang perlu difikirkan. Segalanya diuruskan. Pun begitu, setiap dari kita menjadi dewasa juga. Menjadi dewasa dengan cara dan keadaan yang tersendiri. Kadangkala kita tidaklah memilih untuk menjadi siapa kita hari ini. Dan siapapun kita hari ini usahlah takdir yang harus dipersalahkan. Kita membentuk masa depan dengan doa dan harapan. Dan seandainya doa dan harapan yang kita minta tidak tertunai mengikut cara dan keadaan yang kita mahukan, kita masih belum lagi jauh tersesat. Sebaliknya selagi kita bernyawa, Dia sedang memberi peluang untuk kita memperbetulkan apa jua yang dinamakan kesilapan. Membuat kesilapan tidaklah menjadikan kita manusia yang cacat pemikirannya. Sebaliknya, dengan kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan, boleh menjadikan kita manusia yang lebih tahu menghargai hidup dalam erti hidup yang sebenar. Belajarlah bersyukur untuk setiap musibah yang menimpa. Atas rasa yakin dan percaya itulah, aku dapat merasakan yang kehadirannya lewat musim itu ada hikmahnya. Dan dia merupakan antara cerita terindah sepanjang kedewasaan ini.

Hati sudah penat berlari. Tidak juga aku temukan di manakah hentiannya. Pun begitu, aku belum mahu berhenti. Aku akan terus berlari sehingga bertemu destinasi yang pasti. Biar diseka sahaja peluh dan air mata yang tidak mahu berhenti ini. Aku tetap akan terus berlari. Kerana aku tahu suatu hari nanti, langkah ini kian perlahan dan ketika itu semuanya bakal meninggalkan aku tanpa pernah aku sedari.

Betapa sukarnya aku untuk melupakanmu...!!!



Luahan hati Lin pada 04:14 pm
5 orang dah komen  

Wednesday, September 10, 2008
My broken heart..

48540.jpg image by shuklinf_Emom_468650b.jpg picture by shuklin

I don't know...
Anymore...
What to do with you...
You're physically beside me...
But mentally absent...
Guess...I'll never understand...
I'm still trying to understand...
I told myself to smile...
Even though deep down I'm not...
Guess I couldn't tell you my secret...
Guess I don't have that courage...
What is this feeling anyway?
Void...you can't even fill it...
I guess nobody can...
Are you listening?
Guess not...
I try to smile in front of you..
I'm broken...
Can you save me?
You were my savior once...
And always will be...
Will you be willing to save me again?
Coz' I'm broken...
And you're the only one
who can pick up the broken pieces...
Save me again...
I need your help...
Won't you save me?
I want you to save me...
Please save me...
I'm lonely without you...
And I can't live without you...
Your my savior...always...



Luahan hati Lin pada 03:46 pm
Ada apa ni?  

Next Page


+ + + + + + +

Hari ini

 


Ada Pesanan?

   

Kalendar


<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


Renungan Surah Al-Quran





Tentang aku


Name : Lin
Location : Puchong
Horoscope : Pisces
Place of Birth : Melaka
D.O.B : 29 Rabiul Awal 1399 Hijrah
D.O.B : Tuesday 27 February 1979
Email : shuklin79@yahoo.com
Myspace : Myspace@Alyn
YM : Shuklin79

Bingkisan Lalu





Senandung Cinta



[DOWNLOAD LAGU KAT SINI]


Radio online


[Radio MISG] [Chatzradio] [Red.fm] [THR.fm] [Melaka.fm] [Johor.fm] [Selangor.fm] [Radio Muzik] [Nostalgia.fm] [RED 104.9 FM] [RED 98.8 FM] [My.fm] [Hitz.fm] [Era.fm] [Mix.fm] [Sinar.fm] [Lite.fm] [Xfresh.fm] [Indiabeat.fm] [Melody.fm] [Rock.fm] [Jazz.fm] [Opus.fm] [Gold.fm] [Radio 1 ] [Langkawi.fm ] [Radio Sepaku ]

[DOWNLOAD RADIO ONLINE]
[TENGOK TV ONLINE]


Cuaca hari ini




Jom klik



[BeRiTa HaRiAn] [UtuSaN MeLaYu] [HaRiaN MeTro][KaRaNgKraF][BLuEhYpPo] [SeNgKaRai] [HaRaKaH] [Al-QuRaN] [UkHwaH.CoM] [FrIeNsTeR] [HoTmaiL] [JiWanG] [JaKiOnliNe] [TeRaTaK AnNa AbaDi] [DailY MalaYsiA] [YaHoo] [RieOnLiNe] [SePaKu.nEt] [FuNgKuRs] [TaZkiRaH OnLinE] [MyMaSjiD.CoM.My] [DeNgaR SuRaH Al-QuRaN] [KoLeKsi NaSiHat] [HoROsKoP]


Jom intai


[Ashraff] [azlie] [aishah] [andrew] [azkam] [afitri] [ako] [Abahmuda] [activ8ions] [Afzan] [ard1z] [affendi] [Ars] [Burn] [bobooi] [byksongeh] [bangagus] [bobooi] [CikDiari] [cyberstar] [cteaz] [cutesmily] [chika] [dakKecik] [dheqchik] [deanz] [dwicrazy] [Dingy] [duck] [dragon] [eisz] [eastmail] [fazam] [firdee] [famia] [fazari] [fird] [gadafi] [hisah] [hafizas'ari] [hans-isaac] [honey] [hairee] [iemah] [iyandz] [Junaidix] [jemyjenab] [kaseh] [kelambu] [krol] [kembor] [kuncup] [lope] [Msjboxcomunity] [mely] [mizzgurl] [m!m!e] [mE] [nuradrianna] [noush] [Nash] [Pkadok] [Pinat80] [Pixie] [RyzaL] [romzie] [rjuna] [skruemas] [spiral] [sajeaje] [shai] [syira] [slackerzrule] [syahsokai] [tapir] [teruterubozu] [wirawanterulung] [waikiki] [Yatt's] [Yna] [6ixer] [Sodep] [Afzan0606] [Zaif] [Imran] [Eisz] [Nobta] [Zafferi] [Ain] [Shatulz] [Lego] [Tuty] [Wazir] [Mooke] [Dingy] [Chik] [Firdee] [Rhyme2g] [SajeAje] [Asma] [SkruEmas] [Yna] [Spiral] [DiariKecil] [Kiki] [Bai] [NikSu] [Zack] [HerryzaL] [Nurul] [Yun] [Noush] [Lisa] [HamZahidi] [DakWanie] [Nurul] [Ita] [Azkam] [Shat] [Sweet] [BapaKodok] [Ard] [Junaidix] [Yatt] [Kuchiku] [Iemah] [Chii] [Black] [JemyJenab] [Dahlia] [Hisah] [Pixie] [AdibahNoor] [Rosram] [TamanLirik]


Bilangan pelawat



pelawat pada waktu ini.

hits.


Terima kasih




Contact Me

eXTReMe Tracker


View My Stats


Ukhwah.com :: Top Blog

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

rss feed

BLOGDRIVE
TEMPLATES